Berita Berita
Syahredzan ingatkan kerajaan elak tindakan drastik haramkan Roblox
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Kerajaan diingatkan supaya tidak mengambil langkah terlalu drastik, termasuk mengharamkan aplikasi permainan dalam talian seperti Roblox, susulan insiden tragis yang mengancam keselamatan kanak-kanak baru-baru ini.
Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, berkata kerajaan sebaliknya perlu memperketatkan penggunaan aplikasi berkenaan, khususnya apabila kanak-kanak bawah umur 16 tahun cuba mengakses permainan dengan menggunakan akaun ibu bapa.
“Kita jangan ambil tindakan yang terlalu drastik kerana saya dengar ada cadangan untuk mengharamkan terus Roblox dan sebagainya. Itu satu tindakan yang tidak seimbang.
“Permainan dalam talian seperti Roblox pada asasnya selamat untuk kanak-kanak, cuma kita wajib perketatkan penggunaannya.
“Kita perlu pastikan kanak-kanak bawah umur 16 tahun tidak menggunakan akaun ibu bapa untuk berada dalam talian,” katanya ketika Datuk Fahmi Fadzil menggulung Belanjawan 2026 di peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan sedang meneliti kemungkinan mengharamkan Roblox dan UMI selepas timbul kebimbangan mengenai keselamatan serta kandungan yang memberi pengaruh negatif kepada golongan muda.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata perkara itu masih dalam perbincangan dan keputusan muktamad akan mengambil kira langkah yang bakal dilaksanakan Australia, yang merancang memperkenalkan peraturan baharu terhadap Roblox pada Disember ini.
Kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak meningkat selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah akibat dikelar dan ditikam abangnya berusia sembilan tahun di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, Johor pada 27 Oktober lalu.
Siasatan awal polis mendapati, suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang permainan Roblox miliknya terganggu, sehingga menyebabkan kehilangan kira-kira sejuta mata terkumpul (point) selepas mangsa merosakkan telefon bimbit tersebut.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 8:49 pm
Anwar kongsi detik manis bersama cucu, maklum semakin pulih
November 3, 2025, 8:34 pm
Enam kereta rosak dihempap runtuhan batu di Taman Bukit Permai, Ampang Jaya
November 3, 2025, 8:26 pm
Ibu Zayn Rayyan fail rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 5 tahun
November 3, 2025, 8:26 pm
Jumlah pekerja asing menurun kepada bawah 300,000 – Johari
November 3, 2025, 8:16 pm
Prasarana nafi video tular tren laluan Ampang terbakar
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
