Berita Berita
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Sebanyak 1,456 kandungan berunsur jelik atau melampau membabitkan kanak-kanak telah diturunkan oleh penyedia platform internet dan media sosial dari 1 Januari 2022 hingga 15 Oktober lalu.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil pendekatan menyeluruh bagi mengawal kandungan memudaratkan, sekali gus melindungi golongan rentan, khususnya remaja dan kanak-kanak.
“Dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 15 Oktober 2025, MCMC mengemukakan 1,521 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan jelik atau jelik melampau yang membabitkan kanak-kanak.
“Daripada jumlah itu, 96 peratus, iaitu 1,456 kandungan, berjaya diturunkan berdasarkan garis panduan komuniti platform dan aplikasi undang-undang tempatan yang berkaitan,” katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat, hari ini.
Fahmi berkata, bagi memastikan rangkaian internet lebih selamat dan lestari, kerajaan sudah melaksanakan keperluan pelesenan kepada penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang memenuhi syarat untuk memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) di bawah Akta 588 mulai 1 Januari 2025.
“Di bawah kerangka pelesenan ini terdapat Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) yang menggariskan tanggungjawab penyedia perkhidmatan dalam melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan memudaratkan,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kerajaan turut menggubal Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) bagi memperkukuh keselamatan dalam talian negara.
“Akta ini bertujuan mengawal selia kandungan memudaratkan serta menetapkan kewajipan bagi penyedia perkhidmatan aplikasi dan rangkaian yang dilesenkan,” katanya.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 8:49 pm
Anwar kongsi detik manis bersama cucu, maklum semakin pulih
November 3, 2025, 8:34 pm
Enam kereta rosak dihempap runtuhan batu di Taman Bukit Permai, Ampang Jaya
November 3, 2025, 8:26 pm
Ibu Zayn Rayyan fail rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 5 tahun
November 3, 2025, 8:26 pm
Jumlah pekerja asing menurun kepada bawah 300,000 – Johari
November 3, 2025, 8:16 pm
Prasarana nafi video tular tren laluan Ampang terbakar
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:47 pm
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:15 pm
