Berita Berita
Prasarana nafi video tular tren laluan Ampang terbakar
 
KUALA LUMPUR 3 Nov – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menafikan dakwaan dalam satu video tular di media sosial yang kononnya menunjukkan kejadian kebakaran membabitkan tren Laluan Ampang.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengendali pengangkutan awam itu menegaskan bahawa video berkenaan tidak benar dan tiada sebarang insiden seperti yang digambarkan berlaku.
“Tiada sebarang kes membabitkan tren atau fasiliti di bawah kendalian Rapid KL seperti yang didakwa. Semakan dalaman serta pengesahan daripada pasukan operasi mendapati semua perkhidmatan tren beroperasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan,” katanya.
Menurut Prasarana, penyebaran maklumat palsu seperti itu boleh menimbulkan kebimbangan awam dan menjejaskan reputasi sistem pengangkutan awam negara.
“Prasarana tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau menimbulkan kekeliruan awam. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan kandungan tidak sahih dan hanya mendapatkan maklumat rasmi melalui saluran rasmi Rapid KL,” tambah kenyataan itu.
Video berdurasi 26 saat yang tular sejak semalam itu memaparkan bahagian gerabak tren seolah-olah terbakar.
Namun, Prasarana mengesahkan rakaman tersebut palsu dan dipercayai dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menampakkan seolah-olah berlaku kebakaran pada tren berkenaan.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 8:43 am
KPM arah siasatan telus kes murid 10 tahun ditemui mati dalam tandas sekolah
November 4, 2025, 8:30 am
Kesihatan mental murid makin baik, catat penurunan 3 tahun berturut-turut - Fadhlina
November 4, 2025, 7:46 am
Segamat dilanda gempa bumi lagi buat kali kesembilan
November 4, 2025, 7:34 am
Merdeka 118 dinobat bangunan tinggi terbaik dunia
November 3, 2025, 8:49 pm
Anwar kongsi detik manis bersama cucu, maklum semakin pulih
November 3, 2025, 8:34 pm
Enam kereta rosak dihempap runtuhan batu di Taman Bukit Permai, Ampang Jaya
November 3, 2025, 8:26 pm
Ibu Zayn Rayyan fail rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 5 tahun
November 3, 2025, 8:26 pm
Jumlah pekerja asing menurun kepada bawah 300,000 – Johari
November 3, 2025, 5:31 pm
