Berita Berita
'Warzone tak pernah ganggu hidup awak' - Yusof Azmi balas teguran Johan Ghazali
KUALA LUMPUR 3 Nov - Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusof Azmi, tampil memberi reaksi terhadap teguran atlet seni bela diri negara, Johan Ghazali berhubung penganjuran Kejohanan Warzone World Championship (WWC) yang dikatakan tidak menepati piawaian sukan tempur tempatan.
Teguran dibuat Johan menerusi hantaran di media sosial semalam yang mendakwa acara itu mencampur adukkan unsur kekejaman dan lakonan hingga boleh menjejaskan imej sukan tempur.
Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan penyokong kedua-dua individu berkenaan.
Dalam kenyataan balasnya hari ini, Yusof menegaskan bahawa penganjuran WWC tidak melibatkan sebarang dana atau tajaan daripada mana-mana pihak luar termasuk Johan sendiri.
“Maafkan saya anak kecil, adakah acara ini ada menggunakan dana atau tajaan daripada awak? Kalau ada, maklumkan kepada saya. Tapi kalau tiada, lebih baik jaga urusan awak sendiri. Warzone tak pernah mengganggu hidup awak,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Yusof turut mempersoalkan tindakan Johan yang dianggap campur tangan dalam urusan orang lain sedangkan dirinya tidak pernah mencampuri kerjaya atlet itu.
“Kalau awak rasa ada saham, barulah awak buka mulut. Belajarlah jangan jadi manusia yang berdengki dengan orang. Saya tak pernah ganggu hidup awak, jadi jangan ganggu urusan Warzone dan saya,” ujarnya.
Menurut Yusof, tujuan utama kejohanan WWC ialah untuk memberi ruang kepada anak muda menonjolkan bakat dalam sukan tempur tempatan, bukan untuk bersaing dengan mana-mana organisasi sedia ada.
Terdahulu, Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, mendakwa cara promosi WWC boleh memberi imej negatif kepada sukan tempur apabila diselitkan dengan unsur lakonan dan kekasaran keterlaluan.
“Tapi kalau orang tua perangai macam budak, siapa nak hormat. Jojo, keluarga Jojo dan ramai lagi orang dalam komuniti combat sports (sukan tempur) dah lama dalam bidang ni sebelum pakcik (Yusof Azmi) datang.
“Kita naikkan Muay Thai dari kosong, pakcik datang bila dah hype (terkenal) lepas tu buat perangai bangang, siapa tak marah,” katanya.
Berita berkaitan
November 3, 2025, 8:49 pm
Anwar kongsi detik manis bersama cucu, maklum semakin pulih
November 3, 2025, 8:34 pm
Enam kereta rosak dihempap runtuhan batu di Taman Bukit Permai, Ampang Jaya
November 3, 2025, 8:26 pm
Ibu Zayn Rayyan fail rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 5 tahun
November 3, 2025, 8:26 pm
Jumlah pekerja asing menurun kepada bawah 300,000 – Johari
November 3, 2025, 8:16 pm
Prasarana nafi video tular tren laluan Ampang terbakar
November 3, 2025, 5:31 pm
'ECRL bukan projek gajah putih, Malaysia terima 80 peratus keuntungan' - Loke
November 3, 2025, 4:25 pm
GRS dijangka umum senarai calon PRN Sabah pada 11 atau 12 November
November 3, 2025, 4:20 pm
Fahmi: 1,456 kandungan jelik libatkan kanak-kanak berjaya diturunkan sejak 2022
November 3, 2025, 4:15 pm
