TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar kongsi detik manis bersama cucu, maklum semakin pulih

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi detik manis bersama cucunya dalam satu video ringkas di media sosial hari ini, sambil memaklumkan bahawa beliau kini semakin pulih selepas berehat atas nasihat doktor.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, Anwar menulis: “Healing dengan cucu. Alhamdulillah, kian beransur pulih. Terima kasih atas doa semua.”

Video berdurasi 16 saat itu memaparkan suasana santai apabila Anwar bertanya kepada cucunya, “Can I kiss you?”, sebelum berseloroh lagi, “Can I kiss your mama?” sambil mencium kepala anak perempuannya serta cucunya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Anwar terpaksa membatalkan lawatan kerja ke Pahang semalam atas nasihat doktor bagi membolehkan beliau berehat dan menjalani rawatan kesihatan ringan.

Hantaran berkenaan menarik perhatian ramai dengan netizen memenuhi ruangan komen untuk mendoakan kesihatan Perdana Menteri agar kembali pulih sepenuhnya.

“Semoga kembali sihat seperti sedia kala PMX,” tulis Mohd Naqiuddin.

“Syafakallah Datuk Seri. Jaga kesihatan dan semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT, Insya-Allah,” kata seorang lagi pengguna, Mohd Saifullah Razali.

Video tersebut dikongsi Perdana Menteri di semua platform media sosial rasminya.

+ - reset