TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Jumlah pekerja asing menurun kepada bawah 300,000 – Johari

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan jumlah pekerja asing di negara ini telah menurun kepada bawah 300,000 orang berbanding 600,000 orang sebelum ini.

Menurutnya, pada masa lalu negara banyak bergantung kepada pekerja asing, namun kini kerajaan menetapkan penanda aras bahawa pengambilan pekerja asing hanya dibenarkan bagi pekerjaan dalam sektor 3D iaitu kotor, bahaya dan sukar.

“Kalau kita tengok industri sawit, banyak perubahan telah berlaku.

“Kalau dulu kita bergantung banyak kepada pekerja asing, sekarang ini kita ada penanda aras. Kalau kita nak beri pekerja asing bekerja, peraturannya adalah kerja dalam sektor 3D.

“Nak dapat pekerja asing pun bukan senang sekarang,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari berkata, penempatan pekerja asing di ladang juga bergantung kepada keluasan ladang.

“Kebanyakannya kita letakkan penanda aras setiap lapan hektar seorang pekerja asing. Tetapi bagi syarikat besar, mereka hanya dapat seorang pekerja apabila ladang mencapai keluasan 13 hektar.

“Ini kerana kita mahu memaksa mereka menggunakan automasi dan teknologi supaya pada masa akan datang masalah pengambilan pekerja asing dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pekerja asing banyak digunakan dalam kerja penuaian kelapa sawit.

+ - reset