Berita Berita
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
 KUALA LUMPUR 4 Nov – Semua permohonan untuk menurunkan kandungan dalam talian dilakukan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan kebebasan bersuara tidak disalahgunakan, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Menurut beliau, tindakan tersebut bertujuan mengimbangi hak individu dan kepentingan awam, tanpa mengira latar belakang atau kecenderungan politik mana-mana pihak.
Fahmi menjelaskan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan fungsi kawal selia serta penguatkuasaan berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
“Setiap tindakan terhadap kandungan yang melanggar undang-undang secara amnya berbentuk permohonan kepada penyedia perkhidmatan dalam talian dan tertakluk kepada penilaian mereka berdasarkan garis panduan komuniti platform.
“Tindakan yang diambil adalah sebahagian daripada tanggungjawab statutori MCMC bagi memastikan penyebaran maklumat dilakukan secara bertanggungjawab, tidak mempromosi maklumat palsu atau ucapan kebencian, serta melindungi integriti Raja Berperlembagaan dan institusi demokrasi,” katanya dalam jawapan bertulis di laman web Parlimen.
Beliau menjawab soalan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH–Balik Pulau) berhubung ketelusan kerajaan dalam melaksanakan sekatan terhadap kandungan digital, khususnya yang bersifat fitnah atau tidak benar.
Fahmi sebelum ini memaklumkan, dari 1 Januari 2022 hingga 30 September lalu, MCMC telah mengemukakan 139,880 permohonan kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan berunsur penipuan, dengan 95 peratus daripadanya berjaya diturunkan.
Secara keseluruhan, 558,108 kandungan dalam talian membabitkan perjudian, penipuan, kandungan jelik, buli, gangguan dan kandungan palsu telah diturunkan oleh platform sejak 1 Januari 2022 hingga 1 Ogos lalu.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 4:38 pm
PGIRM persoal keberkesanan Akaun Fleksibel, lebih sejuta pencarum masih terdesak
November 4, 2025, 4:13 pm
KKM lancar Program ERAT untuk perkasakan pesakit diabetes
November 4, 2025, 4:05 pm
Dua lelaki didenda RM5,000 menyamar sebagai polis minta sogokan
November 4, 2025, 3:50 pm
Malaysia satu-satunya negara berani tegur Trump isu Gaza – Anwar
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 1:05 pm
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:36 pm
