Berita Berita
Malaysia satu-satunya negara berani tegur Trump isu Gaza – Anwar
 KUALA LUMPUR 4 Nov - Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menyatakan pendirian tegas berhubung isu Gaza secara berhadapan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, Malaysia telah mengambil langkah maksimum dengan menegaskan kepada Trump bahawa penyelesaian komprehensif diperlukan bagi menangani konflik berpanjangan itu.
"Soal Gaza ini mesti ada penyelesaian komprehensif. Nak sebut apa lagi? Itu sudah maksimum. Negara mana yang berani sebut depan Trump? Saya sebut kerana saya mewakili Malaysia.
“Presiden Trump melawat berapa negara? Berapa negara yang sebut depan Presiden Trump kita perlu penyelesaian komprehensif? Depan muka beliau… ini yang kita lakukan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Pada masa sama, Anwar turut kesal dengan tindakan pihak yang masih mempertikai usaha Malaysia dalam memperjuangkan isu Gaza dengan menggunakan alasan agama, sedangkan kerajaan telah melakukan sehabis baik.
“Saya tanya, ada tidak negara lain cakap begitu berdepan Trump? Saya tidak meminta penghargaan tetapi bila dimaki hamun atas nama agama, saya menyampah betul… fakta tidak peduli, terus dikecam,” katanya.
Anwar turut menjelaskan bahawa beliau membangkitkan isu penyelesaian komprehensif sebanyak tiga kali secara terbuka, tidak termasuk perbincangan peribadi bersama Trump ketika berada dalam kenderaan rasmi ‘The Beast’.
Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan lalu, Perdana Menteri sekali lagi menyampaikan gesaan agar semua pihak mendesak penyelesaian menyeluruh terhadap konflik Palestin, khususnya di Gaza.
Minggu lalu, seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa Anwar terus mengingatkan Trump bahawa serangan udara Israel masih berterusan di Gaza meskipun telah diumumkan gencatan senjata dan pelan penyelesaian menyeluruh.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 4:38 pm
PGIRM persoal keberkesanan Akaun Fleksibel, lebih sejuta pencarum masih terdesak
November 4, 2025, 4:13 pm
KKM lancar Program ERAT untuk perkasakan pesakit diabetes
November 4, 2025, 4:05 pm
Dua lelaki didenda RM5,000 menyamar sebagai polis minta sogokan
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 1:05 pm
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:40 pm
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
November 4, 2025, 12:36 pm
