TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 4 November – Polis giat mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang dilaporkan hilang di kawasan Taman Desaria di sini sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kanak-kanak berkenaan, Muhammad Rayqal Naufal Muhammad Zawawie, dilihat kali terakhir berada di kawasan tersebut kira-kira jam 6 petang pada hari kejadian.

Menurutnya, laporan kehilangan diterima pada jam 2.16 pagi, 3 November 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

“Kanak-kanak itu mempunyai ketinggian kira-kira 130 sentimeter, berat 21 kilogram dan berambut pendek.

“Usaha mengesan mangsa sedang dijalankan dengan bantuan pasukan khas termasuk Unit Anjing Pengesan (K9) serta penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan kanak-kanak itu supaya tampil membantu siasatan.

“Mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Ainol Syafiq Alpazar di talian 018-3487636 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya.

+ - reset