Berita Berita
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
 SEGAMAT 4 Nov - Seorang lelaki ditahan ketika hanya berseluar dalam bersama seorang wanita berstatus isteri orang selepas rumah teres dua tingkat di daerah ini diserbu pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.
Serbuan dilakukan pada jam 12.30 tengah malam selepas JAINJ menerima aduan berkaitan kegiatan maksiat di lokasi tersebut.
Menurut JAINJ, ketika tiba, pintu rumah didapati tertutup namun tidak berkunci dari dalam.
“Sebaik pintu dibuka, keadaan ruang tamu gelap dan penguat kuasa terpaksa menyuluh sebelum terlihat seorang lelaki dan seorang wanita sedang tidur.
“Apabila lampu dihidupkan, didapati dua kanak-kanak lelaki berusia dua dan empat tahun — anak kepada wanita itu — tidur di sebelahnya.
“Pasangan itu terpinga-pinga sebaik dikejutkan oleh penguat kuasa. Ketika itu wanita memakai skirt labuh dan baju T, manakala pasangannya hanya berseluar dalam,” katanya.
Pasangan terbabit masing-masing berusia lingkungan 20-an. Pemeriksaan lanjut di tingkat atas menemukan ahli keluarga lain termasuk ibu kepada lelaki tersebut.
“Kesemua mereka sedang tidur semasa pemeriksaan dijalankan. Hasil siasatan awal mendapati rumah itu milik lelaki terbabit yang tinggal bersama ibu dan adik-beradiknya.
“Lelaki berkenaan mengaku membantu wanita itu yang dalam proses perceraian dengan suaminya,” katanya.
Penguat kuasa merekodkan keterangan mereka sebelum menahan pasangan terbabit di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, manakala ahli keluarga lain diminta hadir ke pejabat penguat kuasa bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 4:38 pm
PGIRM persoal keberkesanan Akaun Fleksibel, lebih sejuta pencarum masih terdesak
November 4, 2025, 4:13 pm
KKM lancar Program ERAT untuk perkasakan pesakit diabetes
November 4, 2025, 4:05 pm
Dua lelaki didenda RM5,000 menyamar sebagai polis minta sogokan
November 4, 2025, 3:50 pm
Malaysia satu-satunya negara berani tegur Trump isu Gaza – Anwar
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:40 pm
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
November 4, 2025, 12:36 pm
