Berita Berita
Dua lelaki didenda RM5,000 menyamar sebagai polis minta sogokan
 IPOH 4 Nov - Dua lelaki yang tular kerana menyamar sebagai anggota polis bagi mendapatkan sogokan wang dijatuhi hukuman denda masing-masing RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menjatuhkan hukuman tersebut selepas kedua-dua tertuduh, Wong Jiun Wei, 24, dan Lim Boon Ping, 40, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis.
Menurut fakta kes, kedua-dua lelaki itu menyamar sebagai anggota polis trafik dan memperdaya dua remaja berusia 15 dan 17 tahun dengan meminta wang kononnya bagi mengelakkan saman atau dibawa ke balai.
Kesalahan dilakukan di hadapan sebuah restoran di Jalan Lebuh Bercham Selatan 1, Taman Ipoh Timur Baru, kira-kira jam 12.38 tengah malam pada 1 November lalu.
Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Selain itu, Jiun Wei yang bekerja sebagai juruteknik elektrik turut mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 (Pindaan 2024) kerana memiliki peralatan polis tanpa sebab munasabah.
Dia didapati memiliki topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertanda JSPT serta kasut JSPT bertulis PDRM.
Bagi pertuduhan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara lima bulan jika gagal membayar. Kedua-dua tertuduh membayar semua denda yang dikenakan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki ditahan selepas disyaki menyamar sebagai anggota polis trafik dan meminta RM300 daripada seorang penunggang motosikal di kawasan sama, yang turut tular di Facebook melalui rakaman video kejadian.
Berita berkaitan
November 4, 2025, 4:38 pm
PGIRM persoal keberkesanan Akaun Fleksibel, lebih sejuta pencarum masih terdesak
November 4, 2025, 4:13 pm
KKM lancar Program ERAT untuk perkasakan pesakit diabetes
November 4, 2025, 3:50 pm
Malaysia satu-satunya negara berani tegur Trump isu Gaza – Anwar
November 4, 2025, 2:59 pm
Tak pulang rumah sejak Sabtu, polis mohon bantuan orang ramai cari Rayqal Naufal
November 4, 2025, 2:21 pm
Mahkamah putuskan bekas suami Jahidah kekal bersalah, penjara 10 tahun
November 4, 2025, 1:05 pm
Lelaki dicekup hanya berseluar dalam bersama isteri orang di Segamat
November 4, 2025, 12:47 pm
Ahli Parlimen gesa Saifuddin, Hannah Yeoh berundur susulan rayuan FAM ditolak FIFA
November 4, 2025, 12:40 pm
Kerajaan tegaskan setiap sekatan kandungan ikut undang-undang – Fahmi
November 4, 2025, 12:36 pm
