Berita Berita
Adik tetak abang hingga parah gara-gara tendang pintu bilik air
MANJUNG 8 Nov - Seorang lelaki berusia 56 tahun cedera parah selepas ditetak oleh adiknya sendiri dalam kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Ayer Tawar, di sini, pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Seri Manjung.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai kejadian pergaduhan dua beradik itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Ayer Tawar bergegas ke lokasi.
“Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an pada jam 1.55 petang, tidak lama selepas kejadian.
"Turut dirampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menetak mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua beradik itu tinggal serumah bersama keluarga suspek.
Pergaduhan dipercayai tercetus apabila suspek berang selepas abangnya menendang pintu bilik air ketika anak perempuannya masih berada di dalam.
“Suspek kemudian bertindak menyerang mangsa menggunakan parang hingga menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Hasbullah berkata, suspek kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah dengan senjata.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Munawarah Ahmad di talian 011-1624 0391, atau Bilik Gerakan IPD Manjung di 05-688 6222 / WhatsApp Hotline 017-682 8005.
Berita berkaitan
November 8, 2025, 11:52 pm
Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan
November 8, 2025, 7:22 pm
Penoreh getah alami kemurungan ditemui maut belakang rumah di Sik
November 8, 2025, 5:42 pm
'PM ada hak rombak kabinet' - Mat Sabu akur jika ditukar kementerian lain
November 8, 2025, 4:58 pm
Murid 11 tahun maut ketika sertai program sekolah di kolam renang di Sungai Besi
November 8, 2025, 1:49 pm
Lelaki ditembak di stesen minyak di Bukit Tinggi maut
November 8, 2025, 12:21 pm
Malaysia kekal bebas, tidak tunduk kuasa besaf - Anwar
November 8, 2025, 11:53 am
Perjuangan Amanah bukan untuk kejar kuasa, tapi bawa roh Islam sebenar - Mat Sabu
November 8, 2025, 11:24 am
Lelaki dalam senarai 'wanted' parah ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
November 8, 2025, 11:00 am
