Berita Berita
Murid 11 tahun maut ketika sertai program sekolah di kolam renang di Sungai Besi
KUALA LUMPUR 8 Nov - Seorang murid lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika menyertai Program Sokongan Keyakinan Air di Kolam Renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi, baru-baru ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata mangsa merupakan murid Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Selatan dan tidak sedarkan diri ketika menjalani aktiviti dalam program berkenaan pada Rabu.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk rawatan lanjut.
"Namun, dia disahkan meninggal dunia pada Jumaat sekitar jam 2.30 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, jenazah mangsa telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam As-Syuhada, Sungai Udang, Melaka, semalam.
Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian termasuk aspek kawalan keselamatan semasa program berlangsung.
“Budak Lelaki Lemas Ketika Sertai Program Keyakinan Air di Sungai Besi”
Berita berkaitan
November 8, 2025, 11:52 pm
Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan
November 8, 2025, 7:22 pm
Penoreh getah alami kemurungan ditemui maut belakang rumah di Sik
November 8, 2025, 5:42 pm
'PM ada hak rombak kabinet' - Mat Sabu akur jika ditukar kementerian lain
November 8, 2025, 1:49 pm
Lelaki ditembak di stesen minyak di Bukit Tinggi maut
November 8, 2025, 12:21 pm
Malaysia kekal bebas, tidak tunduk kuasa besaf - Anwar
November 8, 2025, 11:53 am
Perjuangan Amanah bukan untuk kejar kuasa, tapi bawa roh Islam sebenar - Mat Sabu
November 8, 2025, 11:24 am
Lelaki dalam senarai 'wanted' parah ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
November 8, 2025, 11:00 am
Malaysia lakar sejarah dilantik Lembaga Eksekutif UNESCO, bukti pengiktirafan dunia - Fadhlina
November 8, 2025, 10:03 am
