Berita Berita
Malaysia kekal bebas, tidak tunduk kuasa besaf - Anwar
BUKIT MERTAJAM 8 Nov – Malaysia akan terus kekal sebagai negara bebas dan berdaulat dalam menjalin hubungan antarabangsa tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, pendirian itu membolehkan Malaysia mengekalkan hubungan dagang dan pelaburan seimbangdengan semua negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China, Brazil dan Afrika Selatan, demi kepentingan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.
“Kita baik dengan Amerika Syarikat, contohnya semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, kita tandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dan berbincang dengan Presiden Donald Trump.
Tapi bila buat begitu, ada yang kata kita tunduk kepada Amerika. Saya nak jelaskan, Malaysia negara merdeka dan berdaulat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua (PTJSD) di Tapak Ekspo Seberang Jaya, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, walaupun Malaysia menandatangani ART dengan AS, ia tidak menjejaskan hubungan dan kerjasama dengan negara lain, termasuk dalam sektor nadir bumi.
“Ada yang kata pelaburan nadir bumi hanya dengan Amerika Syarikat. Tidak benar sama sekali.
Di Pahang, pelaburan Lynas datang dari Australia; di Perak pula, nadir bumi dibangunkan dengan syarikat dari China,” katanya.
Beliau menjelaskan, pendekatan pragmatik dan terbuka itu penting bagi memastikan Malaysia terus menjadi destinasi utama pelaburan berimpak tinggi seperti semikonduktor dan tenaga hijau, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Malaysia dan AS menandatangani Perjanjian ART pada 26 Oktober lalu semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, yang membolehkan tarif dagangan dirunding semula daripada 25 peratus kepada 19 peratus di bawah Executive Order 14257 yang dikeluarkan Presiden Donald Trump pada 2 April 2025.
Berita berkaitan
November 8, 2025, 11:52 pm
Ewon Benedick sah letak jawatan Menteri KUSKOP, akui janggal terus bersama Kabinet Persekutuan
November 8, 2025, 7:22 pm
Penoreh getah alami kemurungan ditemui maut belakang rumah di Sik
November 8, 2025, 5:42 pm
'PM ada hak rombak kabinet' - Mat Sabu akur jika ditukar kementerian lain
November 8, 2025, 4:58 pm
Murid 11 tahun maut ketika sertai program sekolah di kolam renang di Sungai Besi
November 8, 2025, 1:49 pm
Lelaki ditembak di stesen minyak di Bukit Tinggi maut
November 8, 2025, 11:53 am
Perjuangan Amanah bukan untuk kejar kuasa, tapi bawa roh Islam sebenar - Mat Sabu
November 8, 2025, 11:24 am
Lelaki dalam senarai 'wanted' parah ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi
November 8, 2025, 11:00 am
Malaysia lakar sejarah dilantik Lembaga Eksekutif UNESCO, bukti pengiktirafan dunia - Fadhlina
November 8, 2025, 10:03 am
