TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perjuangan Amanah bukan untuk kejar kuasa, tapi bawa roh Islam sebenar - Mat Sabu

By
|
Kongsi
image

 

SHAH ALAM 8 Nov – Penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah) kira-kira sedekad lalu bukan bertujuan mencari kedudukan atau mengejar kuasa, sebaliknya untuk mengembalikan roh Islam sebenar yang membawa rahmat kepada semua manusia.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata perjuangan Amanah berteraskan Islam yang menyatukan dan menegakkan keadilan, bukan yang menyemai kebencian atau permusuhan.

“Islam yang kita perjuangkan bukan Islam yang mengajar kebencian dan permusuhan, bukan Islam yang menanam fitnah dan caci maki.

Sebaliknya, Islam yang membina, menyatukan dan menegakkan keadilan serta kasih sayang antara manusia,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden sempena Konvensyen Nasional 2025 Amanah di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini hari ini.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menegaskan, Islam di bawah pentadbiran Kerajaan Madani yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berkembang subur dan menjadi dasar penting pentadbiran negara.

Menurutnya, perkara itu dibuktikan melalui peruntukan RM150 juta dalam Belanjawan 2026 bagi memperkasakan sekolah tahfiz dan institusi pondok di seluruh negara.

“Perdana Menteri sendiri menunjukkan contoh kepimpinan berjiwa agama dengan menghadiri kuliah, turun ke masjid dan menyantuni ulama pelbagai aliran,” katanya.

 

+ - reset