TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ditembak di stesen minyak di Bukit Tinggi maut

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 8 Nov - Seorang lelaki maut selepas ditembak beberapa das oleh suspek dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang, malam tadi.

Kejadian kira-kira 11.13 malam itu dimaklumkan orang awam kepada polis selepas terdengar beberapa das tembakan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 34 tahun dan tidak bekerja.

“Suspek dipercayai melepaskan beberapa das tembakan ke arah bahagian hadapan kereta mangsa hingga mengenai bahagian dada dan perutnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sementara motif kejadian masih dalam siasatan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah, Asisten Superintendan Aminuddin Mahadi di talian 013-2104006, atau Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di 03-3376 2222.

Terdahulu, media melaporkan mangsa dipercayai ditembak dua suspek hingga mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

+ - reset