TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dalam senarai 'wanted' parah ditembak di stesen minyak Bukit Tinggi

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 8 Nov – Seorang lelaki berusia 31 tahun cedera parah selepas ditembak dua suspek di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, mangsa dilaporkan cedera di bahagian perut dan dada selepas tiga das tembakan mengenai tubuhnya.

Menurut sumber, mangsa mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan turut dikehendaki di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kenyataan media akan dikeluarkan Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat,” katanya ringkas. 

+ - reset