Berita Sukan
Safee Sali gesa FAM selamatkan bola sepak negara dahulu
PETALING JAYA 20 Nov - Bekas pemain kebangsaan dan bekas Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) supaya “menyelamatkan bola sepak negara terlebih dahulu” ketika badan induk itu membawa kes berkaitan pemain kacukan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Safee menyuarakan kebimbangan terhadap kesan buruk yang mungkin menimpa bola sepak negara di pentas antarabangsa sekiranya keputusan lebih berat dikenakan.
“Kita tidak boleh ‘membunuh’ bola sepak begitu sahaja,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa sebarang penggantungan atau krisis tambahan akan memberi kesan kepada ramai pihak di luar isu utama tersebut.
Safee, yang membantu skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, berkata para pemain tempatan sebenarnya sudah mula terkesan sejak sebelum FIFA campur tangan secara rasmi, dan sebarang komplikasi lanjut hanya akan “menambah lebih banyak masalah” kepada pemain.
“Kita mesti cintakan bola sepak dan sukan ini, dan semuanya adalah untuk negara,” katanya.
Safee turut mengulangi gesaannya agar semua pihak bertanggungjawab susulan keputusan penuh (“motivated decision”) yang dikeluarkan FIFA, yang memperincikan isu melibatkan pemain, FAM dan ejen.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya tentunya kecewa dengan keputusan ini,” katanya.
Beliau menggesa keluarga bola sepak negara mengambil pengajaran, menekankan perlunya “bangun dan jangan ulangi kesilapan sama”.
“Kita mesti perbetulkan perkara ini, siapa yang melakukannya perlu bertanggungjawab,” katanya sambil menekankan keperluan menangani isu sistemik yang didedahkan dalam keputusan tersebut.
Safee turut menyentuh mengenai dapatan yang menyatakan bahawa pemain dilaporkan menyerahkan sepenuhnya urusan kepada ejen tanpa melaksanakan tanggungjawab profesional mereka sendiri.
Bekas penyerang itu melahirkan rasa hairan bahawa terdapat pemain profesional yang tidak membaca dan memahami kontrak mereka.
Beliau menegaskan, pemain perlu menjalankan tanggungjawab dan semakan yang sewajarnya sebagai profesional kerana “anda mesti berhati-hati dan tahu apa yang anda tandatangani”.
Berita berkaitan
September 20, 2026, 3:03 pm
Kaki Andros Townsend kena 'lenyek' dengan 'roller' masa panas badan
September 20, 2026, 2:53 pm
Harimau Malaya sarung jersi baharu pada Piala ASEAN FIFA
September 20, 2026, 9:28 am
Piala FA: Hatrik Chrigor Moraes ketuai kebangkitan Selangor di Kangar
September 17, 2026, 4:23 pm
Ab Ghani Hassan menang besar, dipilih Presiden FAM baharu
September 14, 2026, 9:27 am
Tak berhenti walau dah tercicir, atlet wanita buang air besar dalam seluar masa Hyrox
September 9, 2026, 12:27 pm
Basikal atlet 'ironman' Malaysia hilang, kali terakhir nampak di KLIA
September 9, 2026, 10:20 am
Piala FA: JDT ledak 10 gol tendang UM-Damansara keluar saingan
September 9, 2026, 10:14 am
Piala FA: Bumi Perlis saksi Star City mara ke suku akhir
September 9, 2026, 10:11 am
