Berita Berita
Kelantan gubal undang-undang wajib anak tanggung nafkah ibu bapa
KOTA BHARU 27 Nov – Kelantan menjadi negeri perintis di Malaysia yang menggubal undang-undang mewajibkan anak menanggung nafkah ibu bapa, selaras dengan cadangan kerajaan Persekutuan.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, langkah itu bertepatan dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Keluarga Islam 2025 pada Persidangan Dewan Negeri Kelantan (DUN) Penggal Ketiga pada 12 November lalu.
Menurut beliau, keputusan itu menunjukkan pendekatan proaktif Kelantan dalam menangani isu pengabaian warga emas serta memperkukuh tanggungjawab anak dan waris terhadap ibu bapa.
“Melalui peruntukan ini, mahkamah boleh memerintahkan anak atau cucu membayar nafkah kepada ibu, bapa, datuk, nenek, moyang dan seterusnya. Waris pusaka turut dipertanggungjawabkan menjaga warga emas yang tidak mempunyai anak,” katanya.
RUU Keluarga Islam 2025 merangkumi 11 bahagian, 178 seksyen dan enam jadual yang menyentuh pelbagai aspek hukum kekeluargaan Islam termasuk perlindungan golongan rentan serta struktur tanggungjawab keluarga.
Mengulas lanjut, Mohd Asri menyifatkan langkah Kelantan itu sebagai usaha menyeluruh bagi memperkukuh institusi keluarga dan memastikan kesejahteraan sosial.
“Rang undang-undang ini digubal untuk menjaga institusi kekeluargaan, melindungi hak dan tanggungjawab ahli keluarga, menyelesaikan konflik secara adil, melindungi warga emas, wanita dan kanak-kanak, menjaga salasilah keturunan serta memelihara maruah,” ujarnya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mohd Na’im Mokhtar atas inisiatif membawa agenda baharu berkaitan kemaslahatan ummah, selari dengan usaha Kelantan.
Sebelum ini, kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa perincian undang-undang berkaitan nafkah bagi ibu bapa yang uzur dan tidak berkemampuan sedang disiapkan untuk dilaksanakan pada 2026. Menurut Mohd Na’im, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) akan menggubal peruntukan punca kuasa yang lebih jelas dan khusus pada Mac tahun depan.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Seri Gading) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 5:09 pm
Banjir makin buruk, hampir 35,000 mangsa di 7 negeri
November 27, 2025, 3:22 pm
Malaysia tak cukup hakim, ada yang urus 800 kes - Ketua Hakim Negara
November 27, 2025, 3:12 pm
Warga emas meninggal dunia selepas serangan jantung ketika menarik lembu di Gua Musang
November 27, 2025, 3:07 pm
Semua pelajar, pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai selamat diselamatkan
November 27, 2025, 2:11 pm
'Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga' - Anwar puji Hajiji pemimpin bersih
November 27, 2025, 1:51 pm
Polis tahan lelaki disyaki 'ganggu' 3 pelajar di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu
November 27, 2025, 1:07 pm
TLDM selamatkan orang awam terkandas akibat tanah runtuh di Pulau Jarak
November 27, 2025, 12:49 pm
