Berita Berita
Semua pelajar, pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai selamat diselamatkan
KUALA LUMPUR 27 Nov – Semua pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand sejak Sabtu lalu berjaya diselamatkan hari ini.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi. Beliau menegaskan bahawa kesemua pelajar dan pensyarah berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa ke penempatan sementara sebelum proses pemulangan ke Malaysia dijalankan.
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Luar, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, pihak berkuasa Thailand, pasukan penyelamat tempatan serta pihak pengurusan UUM. Penghargaan diberikan atas koordinasi yang amat berkesan dalam memastikan operasi menyelamat itu dapat dijayakan dengan selamat dan teratur. Semoga urusan seterusnya dipermudahkan, Insya-Allah,” katanya.
Sebelum ini, UUM memaklumkan bahawa operasi membawa pulang pelajar dan pensyarah yang terkandas akan dilaksanakan pada hari ini dengan bantuan Konsulat Malaysia di Thailand serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurut laporan terdahulu, seramai 36 pelajar UUM bersama empat pensyarah pengiring dilaporkan terkandas di Hatyai susulan banjir kilat yang melanda wilayah tersebut sejak Sabtu lalu. Kesemua warga UUM dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TIISA-UUM) berada di Hatyai bagi menyertai program Thai-MYS Cultural Exchange Programme 2025.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 5:09 pm
Banjir makin buruk, hampir 35,000 mangsa di 7 negeri
November 27, 2025, 3:22 pm
Malaysia tak cukup hakim, ada yang urus 800 kes - Ketua Hakim Negara
November 27, 2025, 3:12 pm
Warga emas meninggal dunia selepas serangan jantung ketika menarik lembu di Gua Musang
November 27, 2025, 3:03 pm
Kelantan gubal undang-undang wajib anak tanggung nafkah ibu bapa
November 27, 2025, 2:11 pm
'Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga' - Anwar puji Hajiji pemimpin bersih
November 27, 2025, 1:51 pm
Polis tahan lelaki disyaki 'ganggu' 3 pelajar di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu
November 27, 2025, 1:07 pm
TLDM selamatkan orang awam terkandas akibat tanah runtuh di Pulau Jarak
November 27, 2025, 12:49 pm
