Berita Berita
Anwar hargai bantuan Thailand selamatkan rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR 27 Nov – Bantuan serta keprihatinan yang diberikan Thailand kepada rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di wilayah negara itu mencerminkan kekuatan hubungan dua hala yang telah lama terjalin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia amat menghargai semangat solidariti yang ditunjukkan kerajaan Thailand, khususnya dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan kerajaan negara itu atas usaha yang digerakkan sejak bencana bermula.
“Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
“Kerajaan Madani sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang masih terkandas dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Kurang 500 rakyat Malaysia masih terkandas
Terdahulu, Kementerian Luar memaklumkan kurang 500 rakyat Malaysia dianggarkan masih terkandas di Hatyai, Thailand sehingga pagi ini susulan banjir teruk yang melanda kawasan itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata seramai 177 lagi rakyat Malaysia berjaya diselamatkan hari ini dan operasi membawa pulang akan diteruskan.
“Lebih 700 orang berjaya dipindahkan dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam, termasuk mereka yang berada di pusat sementara mangsa banjir.
“Sehingga 25 Disember, Jabatan Imigresen merekodkan 2,204 rakyat Malaysia menyeberangi sempadan di Bukit Kayu Hitam, Durian Burung dan Wang Kelian,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Lebih 27,000 rakyat Malaysia pulang
Menurut Mohamad, Kedutaan Malaysia di Bangkok serta Konsulat Jeneral telah menyelaras pelbagai operasi menyelamat, memindahkan 417 rakyat Malaysia dari 22 hotel, inap desa dan beberapa lokasi lain.
Operasi turut dibantu pasukan penyelamat dan sukarelawan yang menggerakkan sekurang-kurangnya 18 perjalanan bas dari Hatyai ke Bukit Kayu Hitam.
Seramai 27,199 rakyat Malaysia pulang ke tanah air dalam tempoh 22 hingga 25 November susulan situasi banjir tersebut.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 2:11 pm
'Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga' - Anwar puji Hajiji pemimpin bersih
November 27, 2025, 1:51 pm
Polis tahan lelaki disyaki 'ganggu' 3 pelajar di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu
November 27, 2025, 1:07 pm
TLDM selamatkan orang awam terkandas akibat tanah runtuh di Pulau Jarak
November 27, 2025, 12:43 pm
PH tidak tamak bertanding kerusi PRN Sabah – Anwar
November 27, 2025, 12:38 pm
Kerajaan sedia RM7 juta tampung perbelanjaan segera sepanjang Monsun Timur Laut
November 27, 2025, 12:32 pm
Pelajar tolak motosikal polis hingga terjatuh dikenakan tiga saman
November 27, 2025, 12:28 pm
Agong ingatkan umat Islam berwaspada ancaman ajaran sesat
November 27, 2025, 12:06 pm
HRD Awards 2025 iktiraf usaha pembangunan bakat Malaysia
November 27, 2025, 9:26 am
