Berita Berita
Polis tahan lelaki disyaki 'ganggu' 3 pelajar di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu
HULU SELANGOR 27 Nov - Tindakan pantas polis membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun selepas disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, di sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan daripada tiga pelajar perempuan berusia 16 tahun pada pukul 4.16 petang, semalam.
Katanya, ketiga-tiga mangsa yang juga rakan sekelas memaklumkan mereka mengalami gangguan seksual daripada seorang lelaki semasa berada di asrama MRSM Kuala Kubu Bharu.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki menyentuh mangsa tanpa kerelaan ketika mereka berada di asrama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, suspek yang merupakan warga tempatan dan bukan warden asrama tersebut ditangkap pada hari sama laporan dibuat.
“Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada pagi tadi untuk permohonan reman.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” jelasnya.
Ibrahim berkata, polis memandang serius kes-kes gangguan dan jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta remaja dan memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara teliti.
“Kami menggalakkan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian seumpama ini supaya segera tampil membuat laporan bagi memastikan tindakan tegas dapat diambil,” katanya.
Berita berkaitan
November 27, 2025, 3:22 pm
Malaysia tak cukup hakim, ada yang urus 800 kes - Ketua Hakim Negara
November 27, 2025, 3:12 pm
Warga emas meninggal dunia selepas serangan jantung ketika menarik lembu di Gua Musang
November 27, 2025, 3:07 pm
Semua pelajar, pensyarah UUM yang terkandas di Hatyai selamat diselamatkan
November 27, 2025, 3:03 pm
Kelantan gubal undang-undang wajib anak tanggung nafkah ibu bapa
November 27, 2025, 2:11 pm
'Tidak pernah sekali dia minta apa-apa untuk peribadi atau keluarga' - Anwar puji Hajiji pemimpin bersih
November 27, 2025, 1:07 pm
TLDM selamatkan orang awam terkandas akibat tanah runtuh di Pulau Jarak
November 27, 2025, 12:49 pm
Anwar hargai bantuan Thailand selamatkan rakyat Malaysia
November 27, 2025, 12:43 pm
