TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Warga emas meninggal dunia selepas serangan jantung ketika menarik lembu di Gua Musang

By
|
Kongsi
image

GUA MUSANG 27 Nov – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika menarik lembu peliharaannya naik ke tebing Sungai Galas di Kampung Limau Kasturi, di sini, semalam.

Mangsa, Mohamad Taibi Wook, 60, dilaporkan rebah kira-kira pukul 5 petang semasa berada di atas perahu di bawah jambatan selepas menarik lembu tersebut naik ke tebing.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata siasatan mendapati beberapa penduduk kampung menyaksikan mangsa sedang menarik lembu berkenaan sebelum tiba-tiba jatuh tersungkur ke dalam perahu.

“Beberapa penduduk segera membantu mengangkat mangsa ke tebing sungai dan membawanya ke Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, tetapi pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam pada tubuhnya,” jelas beliau.

Menurut Choon Foo, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. Hasil pemeriksaan mendapati kematian berpunca daripada ischemic heart disease (penyakit jantung iskemik).

Berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, Mohamad Taibi Wook diketahui mempunyai sejarah penyakit jantung tersumbat sejak 2021, dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

+ - reset