Berita Berita
UTM sedia bantu siasatan kes bunuh pelatih PALAPES Syamsul Haris, tidak akan lindung sesiapa
JOHOR BAHRU 3 Dis - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menegaskan komitmen untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan semula kes kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan kesalahan membunuh.
Dalam satu kenyataan, UTM memaklumkan pihak universiti akan membantu siasatan lanjut yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhubung kes berkenaan.
Universiti itu turut menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam kematian pelatih terbabit.
"UTM sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan dan kedaulatan undang-undang serta menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan bagi memastikan keadilan ditegakkan.
"UTM juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan memohon semua pihak termasuk warga universiti dan orang awam, tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang berlangsung," katanya di sini hari ini.
Semalam, AGC mengarahkan kes kematian Allahyarham Syamsul Haris diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Arahan berkenaan dibuat berdasarkan laporan siasatan yang dibuka oleh PDRM mengenai kematian pelatih itu.
Menurut rekod, Syamsul Haris, 22, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat di Ulu Tiram, Johor.
Jenazahnya dikebumikan keesokan harinya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.
Pada 30 Ogos, bedah siasat kedua dijalankan terhadap jasad Allahyarham di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dikebumikan semula pada hari sama di tanah perkuburan berkenaan.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 6:45 pm
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 4:07 pm
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 1:29 pm
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
December 3, 2025, 11:46 am
