Berita Berita
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
KOTA BHARU 3 Dis – Kerajaan negeri menetapkan syarat permohonan lesen untuk mendulang emas yang dikeluarkan pada Januari ini hanya kepada rakyat Kelantan sahaja.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kebenaran itu selaras dengan Seksyen 28 Enakmen Mineral 2001 iaitu kerajaan negeri menetapkan emas yang diperoleh hanya boleh dijual kepada pembeli yang diiktiraf kerajaan negeri sahaja.
Menurutnya, sehubungan itu, permohonan untuk mendapatkan mendulang lesen itu boleh dibuat melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri atau jajahan bermula Januari ini.
“Bayaran sebanyak RM100 ditetapkan kepada rakyat Kelantan untuk mendapatkan lesen mendulang emas. Setiap rakyat Kelantan hanya boleh mohon satu lesen sahaja dan ia tidak boleh dipindah milik kepada individu lain.
“Waktu mendulang emas pula bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang dan tidak dibenarkan menjalankan aktiviti itu semasa musim tengkujuh. Kerja-kerja mendulang hanya boleh dijalankan di tanah milik kerajaan yang akan diwartakan kelak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Mohd. Fadzli memberitahu, kawasan yang dikenal pasti mempunyai emas di Kelantan antaranya di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli.
Menurutnya, selain itu penggunaan mesin mudah alih tidak dibenarkan.
“Pembeli emas ini perlu memohon lesen dengan PTG kerana mereka akan terikat dengan pembayaran royalti kepada kerajaan negeri. Garis panduan itu bagi membolehkan segala permohonan dilakukan secara teratur mengikut garis panduan baharu yang ditetapkan bagi menjaga kebajikan pendulang dan memastikan aktiviti itu tidak menjejaskan alam sekitar,” ujarnya.
Beliau berkata, beberapa syarat tambahan berkaitan pemeliharaan alam sekitar turut dimasukkan dalam garisan panduan itu.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 6:45 pm
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 1:29 pm
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
December 3, 2025, 11:46 am
Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF
December 3, 2025, 10:25 am
