Berita Berita
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
KUALA LUMPUR 3 Dis – Polis menafikan dakwaan bahawa individu yang ditahan susulan serbuan ‘Op Songsang’ di sebuah premis di Chow Kit Jumaat lalu disalahguna kuasa atau ditahan melebihi tempoh 24 jam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata semua siasatan dijalankan mengikut prosedur standard tanpa sebarang pelanggaran undang-undang.
Beliau menegaskan dakwaan tahanan melebihi tempoh 24 jam adalah tidak benar kerana setiap prosedur dijalankan mengikut garis panduan.
“Serbuan dilakukan pada pukul 8 malam. Kami proses tangkapan beramai-ramai di lokasi dan bawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen.
"Laporan lengkap siap sekitar pukul 12 tengah hari keesokan harinya. Selepas itu, antara pukul 1 hingga 3.30 petang, kita jalankan siasatan secara komprehensif. Permohonan reman dimasukkan ke dalam sistem dan proses ini mengambil kira-kira tiga jam setengah,” katanya pada Program Pemantapan Polis Kuala Lumpur Merentasi Cabaran Memacu Kesejahteraan Siri 3 hari ini.
Beliau menambah permohonan reman di hadapan majistret dibuat pada pukul 6 petang, masih berbaki dua jam sebelum tempoh 24 jam tamat.
Disebabkan jumlah tangkapan ramai dan kehadiran 14 peguam, proses mengambil masa sehingga malam.
“Bila reman tidak dibenarkan, kita perlu lakukan profiling dan memanggil penjamin. Proses menunggu penjamin mengambil masa, tapi tahanan melebihi 24 jam tidak berlaku,” ujarnya.
Mengulas dakwaan layanan dua darjat, Fadil menegaskan polis mengendalikan semua tahanan secara sama rata tanpa sebarang double standard.
Beliau juga menolak dakwaan badan bukan kerajaan dan media antarabangsa yang mendakwa operasi itu menafikan kebebasan berekspresi.
“Kami melaksanakan tanggungjawab sebagai penguat kuasa undang-undang mengikut perlembagaan dan peraturan. Hak individu tidak dinafikan. Fokus kami adalah keselamatan awam,” tegasnya.
Seramai 201 individu, termasuk 17 penjawat awam, ditahan dalam serbuan bersepadu itu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan tidak bermoral di premis hiburan berkenaan.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 4:07 pm
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 1:29 pm
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
December 3, 2025, 11:46 am
Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF
December 3, 2025, 10:25 am
