Berita Berita
Suspek buat ancaman bom palsu di KLIA dicekup, pesawat dibenar berlepas selepas pemeriksaan keselamatan
PUTRAJAYA 3 Dis - Tindakan tegas diambil terhadap seorang individu yang membuat ancaman bom palsu membabitkan sebuah penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, petang semalam, apabila suspek berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.
Malaysia Airports dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ancaman itu dikesan pada jam 5.32 petang, beberapa minit sebelum pesawat berkenaan dijadualkan berlepas, sekali gus mencetuskan pelaksanaan prosedur kecemasan oleh pasukan keselamatan penerbangan.
"Tindakan pantas pasukan keselamatan dan kerjasama pihak berkuasa memastikan semua penumpang berada dalam keadaan selamat sepanjang proses pemeriksaan.
"Pesawat berkenaan kemudian dibenarkan berlepas dengan baki penumpang pada jam 7.19 malam selepas pihak keselamatan penerbangan bersama PDRM dan Unit Pemusnah Bom menjalankan penilaian menyeluruh di lokasi," menurut syarikat itu.
Pemeriksaan selesai pada jam 8.58 malam selepas pihak berkuasa mengesahkan keadaan selamat dan ancaman yang diterima adalah palsu, selain mengesahkan operasi lapangan terbang berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
Dalam kenyataan sama, Malaysia Airports mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan mengeluarkan ancaman palsu, termasuk membabitkan bom, merupakan kesalahan serius dan boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang.
Berita berkaitan
December 3, 2025, 6:45 pm
Polis nafi tahanan ‘Op Songsang’ lebih 24 jam, tegas layan semua sama rata
December 3, 2025, 4:36 pm
Tengku Zafrul dilantik Pengerusi MIDA bagi tempoh dua tahun
December 3, 2025, 4:26 pm
Rafizi petik nama Nurul Izzah, Anthony Loke desak kerajaan jangan sambung kontrak Azam Baki
December 3, 2025, 4:07 pm
Hanya orang Kelantan dibenarkan dulang emas, lesen dibuka Januari
December 3, 2025, 3:38 pm
Hutang kad kredit rakyat Malaysia cecah RM50.7 bilion, BNPL tarik jutaan rakyat berhutang
December 3, 2025, 2:19 pm
'Ada bukti CCTV, kamera badan' - SPRM nafi berlaku salah laku ketika tahan Albert Tei
December 3, 2025, 2:03 pm
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa di mahkamah kes rasuah esok
December 3, 2025, 11:46 am
Kerajaan teliti ganti skim subsidi dengan bantuan sosial melalui MyKad – MoF
December 3, 2025, 10:25 am
