Berita Sukan
Xisco bangga prestasi JDT walau terikat tanpa jaringan dengan Shanghai Port FC
ISKANDAR PUTERI 10 Dis – Walaupun Johor Darul Ta'zim (JDT) sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang kelab China, Shanghai Port FC dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim pada Selasa, ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, tetap berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.
Menurut Munoz, pemain JDT menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang 90 minit, menguasai permainan dan berjaya mencipta deretan peluang berbahaya.
“Pemain mempamerkan aksi menakjubkan. Mereka menunjukkan nilai sebenar JDT dari minit pertama sampai minit akhir.
“Kami juga mengawal perlawanan dan mencipta banyak peluang penting. Apa pun, saya nampak perkembangan yang sangat baik,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan.
Jurulatih kelahiran Sepanyol itu bagaimanapun mengakui kegagalan memanfaatkan peluang di depan pintu gol lawan menjadi punca JDT gagal mengutip tiga mata penuh.
“Inilah bola sepak. Kadang-kadang ia berlaku. Kami ada banyak peluang tapi tidak berjaya jaringkan gol, ditambah pula dengan ketangkasan penjaga gol lawan.
“Kami perlu terus bekerja keras selepas ini, terutama di kawasan akhir. Kami perlu lebih tenang dan klinikal.
“Bagi saya ini bukan soal tuah. Ini tentang kerja keras. Lawan kami juga bukan pasukan biasa, jadi bukan mudah untuk mendominasi mereka seperti yang kami lakukan,” jelasnya.
Munoz turut memaklumkan bahawa fokus JDT kini beralih kepada aksi final Piala FA yang dijadual berlangsung Ahad ini.
“Kami ada final penting dalam empat hari lagi. Jadi kami perlu bersedia dan pastikan momentum prestasi ini berterusan,” katanya.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
