Berita Berita
Rombakan kabinet: Fadhlina syukur masih diberi kepercayaan, bakal lipatganda usaha lagi
BANGI 17 Dis - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menzahirkan rasa syukur dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan mengekalkan beliau menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) susulan pengumuman rombakan Kabinet, petang semalam.
Ditemui pada Majlis Jalinan KPM-Media di sini malam ini, Fadhlina menyifatkan pengekalan tersebut sebagai amanah besar untuk terus memartabatkan sistem pendidikan negara.
Beliau berikrar untuk melipatgandakan usaha bersama pasukannya demi masa depan anak-anak bangsa.
"Saya rakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan saya untuk kepercayaan bagi meneruskan (tugas) bersama dengan Yang Berhormat Timbalan untuk memimpin Kementerian Pendidikan.
"Insya-Allah kami akan buat lebih baik dan pastinya yang terbaik untuk pendidikan dan anak-anak kita," katanya ketika ditemui pemberita.
Reaksi ringkas namun padat itu juga sekali gus menamatkan segala spekulasi yang bertiup kencang sebelum ini mengenai kedudukan beliau dalam Jemaah Menteri.
Fadhlina yang memegang portfolio itu sejak Disember 2022, dilihat terus komited untuk meneruskan agenda reformasi pendidikan yang digariskan.
Dalam pengumuman rombakan Kabinet hari ini, Fadhlina kekal sebagai Menteri Pendidikan, dibantu Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Sementara itu, dalam ucapan pada Majlis Jalinan KPM-Media, Fadhlina berkata media berperanan menghubungkan dasar yang digubal kerajaan melalui Kementerian dengan realiti sebenar yang berlaku peringkat akar umbi termasuk di sekolah dan komuniti.
Beliau berkata pelaporan media termasuk di kawasan pedalaman dan pulau di seluruh negara, membawa situasi sebenar kembali ke pengetahuan kerajaan termasuk Kementerian Pendidikan.
Pada masa sama, Fadhlina berkata, kritikan berfakta dan membina oleh pihak media dilihat bukanlah sebagai satu ancaman, sebaliknya ia menjadi sebahagian daripada proses membuat keputusan dalam sistem demokrasi sihat.
"Ia perlu diterima dengan hati terbuka kerana daripada situlah penambahbaikan boleh dilakukan.
"Mana-mana pemimpin perlu berdepan perkara ini dengan matang dan berani memberi jawapan," katanya.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:52 pm
Warga emas OKU ditemui terapung dalam tali air, jatuh kerusi roda di Bagan Datuk
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
