Berita Berita
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
KUALA LUMPUR 17 Dis - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan di Jalan Paya Mengkuang, Alor Gajah, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, mangsa berusia lima tahun itu dilanggar ketika melintas jalan dalam kejadian kira-kira pukul 5.09 petang.
Menurutnya, MPV berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 64 tahun yang bekerja sebagai penyelia.
“Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahmad berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan brek sepanjang kira-kira lima meter selain kenderaan terlibat mengalami kerosakan di bahagian hadapan termasuk bonet.
Beliau turut memaklumkan saringan ujian air kencing terhadap pemandu MPV berkenaan mendapati keputusan negatif.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan lanjut masih diteruskan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Salina Rosli melalui talian 011-2543 5507 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:52 pm
Warga emas OKU ditemui terapung dalam tali air, jatuh kerusi roda di Bagan Datuk
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:42 am
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
