Berita Berita
Lelaki dipercayai mengamuk tikam nenek hingga maut, moyang parah di Kuala Ketil
KUALA LUMPUR 17 Dis - Seorang lelaki yang menikam mati neneknya serta menetak moyangnya sehingga parah di Kampung Baru Bakai, Kuala Ketil semalam dipercayai mengamuk sebelum menyerang menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe berkata, suspek telah dibawa oleh orang awam ke balai polis berhampiran sebelum ditahan bagi membantu siasatan.
Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini untuk permohonan reman.
“Suspek merupakan cucu kepada mangsa wanita berusia 65 tahun yang meninggal dunia, manakala mangsa yang cedera berusia 80 tahun adalah ibu kepada si mati.
“Suspek dikenal pasti sebagai orang kurang upaya (OKU) intelektual dan disyaki mengamuk sebelum menyerang kedua-dua mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian berkenaan telah ditemui oleh pihak polis.
Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan mengaku melakukan perbuatan tersebut di lokasi kejadian.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:52 pm
Warga emas OKU ditemui terapung dalam tali air, jatuh kerusi roda di Bagan Datuk
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
Digugur dari kabinet, Mohd Naim mahu berehat, tunai umrah
December 17, 2025, 11:22 am
Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari
December 17, 2025, 11:15 am
Reezal Merican seru semua pihak tidak beri tekanan berlebihan isu UEC
December 17, 2025, 11:09 am
Tujuh Menteri angkat sumpah jawatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan Madani
December 17, 2025, 10:08 am
