TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Puad Zarkashi gesa tetapkan KPI menteri, beri tempoh 100 hari

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Dis - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa supaya menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) kepada semua menteri serta memberi tempoh 100 hari bagi mereka membuktikan kebolehan masing-masing.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Kabinet baharu kini mempunyai baki kira-kira dua tahun untuk memikul amanah dan setiap menteri perlu menunjukkan prestasi tinggi sekiranya mahu terus diberi kepercayaan selepas pilihan raya umum akan datang.

“Setiap menteri mesti ada perkara baharu dan transformasi yang dilakukan. Itu menjadi penanda aras sama ada perubahan benar-benar berlaku.

“Bagus juga jika menteri-menteri bersaing sesama sendiri, bersaing untuk menjaga nama baik parti masing-masing.

“Ini persaingan sihat dan memudahkan rakyat menilai parti mana yang benar-benar serius bekerja untuk rakyat. Tiada masa berbulan madu,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

+ - reset