Berita Berita
Kulasegaran pertikai tiga lelaki ditembak mati di Durian Tunggal tidak disiasat bawah kes bunuh
KUALA LUMUR 17 Dis – Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mempersoalkan mengapa kes tiga lelaki yang ditembak mati di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu tidak disiasat sebagai kesalahan bunuh sejak awal.
Beliau turut mempersoalkan klasifikasi peruntukan yang digunakan pihak berkuasa pada peringkat awal siasatan kes tersebut.
Bagaimanapun, Kulasegaran menyambut baik kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam yang menetapkan semula siasatan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan bunuh.
Jelasnya, langkah itu mencerminkan komitmen terhadap ketelusan dalam siasatan dan penting bagi memperkukuh keyakinan orang awam terhadap proses undang-undang yang sewajarnya.
“Walaupun pengelasan semula kes ini dialu-alukan, kepercayaan orang ramai terhadap pihak berkuasa hanya dapat dikekalkan sekiranya siasatan dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.
“Pihak polis mesti mempercepatkan siasatan bagi memastikan semua bukti relevan dikumpulkan dan keterangan saksi diperoleh ketika ingatan mereka terhadap kejadian itu masih segar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, AGC memaklumkan siasatan kes tiga lelaki ditembak mati di Durian Tunggal diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas laporan kes itu dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kulasegaran menegaskan, kaedah siasatan dan keputusan akhir kes tersebut akan memberi implikasi besar terhadap keyakinan orang awam terhadap profesionalisme pihak berkuasa, termasuk kesediaan mereka mengambil tindakan terhadap individu berkuasa serta keupayaan institusi negara melindungi hak dan maruah rakyat.
Beliau juga menekankan keluarga mangsa mesti diberi jaminan bahawa siasatan itu akan membawa kepada punca sebenar kejadian.
“Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Polis Negara, tidak boleh ada sebarang kompromi apabila melibatkan salah laku dan perbuatan yang menyalahi undang-undang oleh sesiapa pun,” katanya.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 3:45 pm
Sentimen rakyat susulan rombakan Kabinet perlu ditangani bijaksana - Asyraf Wajdi
December 17, 2025, 3:43 pm
Yang di-Pertuan Agong pesan supaya Jemaah Menteri bekerja demi rakyat
December 17, 2025, 3:40 pm
Marhamah Rosli tegaskan tiada penyalahgunaan dana tabung Justice for Zara
December 17, 2025, 1:52 pm
Warga emas OKU ditemui terapung dalam tali air, jatuh kerusi roda di Bagan Datuk
December 17, 2025, 1:06 pm
Kanak-kanak maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Alor Gajah
December 17, 2025, 1:03 pm
Kes dua remaja berbasikal lajak hampir maut di Putra Heights diklasifikasikan NFA
December 17, 2025, 12:58 pm
Ketua Polis Melaka tegas kenyataan kes tembak Durian Tunggal berasaskan fakta
December 17, 2025, 12:31 pm
