Berita Sukan
FAM buat laporan polis dakwaan pemalsuan dokumen pemain warisan
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Rabu berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, tindakan itu diambil selaras dengan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan laporan siasatan mereka baru-baru ini.
Menurut beliau, FAM akan memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.
“Langkah ini mencerminkan komitmen FAM terhadap integriti, ketelusan dan usaha memperkukuh tadbir urus demi menjaga kepentingan bola sepak negara,” katanya.
Turut hadir mengiringi Mohd Yusoff ketika membuat laporan polis ialah Naib Presiden FAM yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang FAM, Datuk Saaran Nadarajah serta Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawatankuasa Media, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin.
Isnin lalu, FAM memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan seperti yang disyorkan oleh IIC.
Menurut Mohd Yusoff, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan pemalsuan dokumen yang dihantar kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
“Siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana pemalsuan ini boleh berlaku serta pihak yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan,” katanya.
Berita berkaitan
July 29, 2026, 11:20 am
Selangor pesta gol benam Ratchaburi
July 29, 2026, 10:17 am
Jaringan roket 'debut' Wan Kuzain bawa Malaysia ungguli Kumpulan B
July 27, 2026, 7:26 pm
Mohamad Aniq dapat habuan kerajaan Johor susulan emas Sukan Komanwel
July 26, 2026, 8:18 pm
Malaysia sah hos GP Bahrain Formula 1 di Litar Sepang
July 25, 2026, 8:51 pm
Piala Hyundai ASEAN: Harimau Malaya bangkit tumbangkan Myanmar
July 25, 2026, 9:55 am
Piala Hyundai ASEAN: Tiada istilah pemain lapisan kedua - Tan Cheng Hoe
July 25, 2026, 9:50 am
PM ucap tahniah lepas Aliff juara dunia pertama Malaysia di ONE Championship
July 24, 2026, 10:15 am
Jojo tolak tawaran RM100 ribu demi pertahan maruah, dedah taktik 'marketing' sampah Bob T20
July 23, 2026, 4:34 pm
