Berita Berita
Lebih 1,000 tetamu bertempiaran selamatkan diri, dewan hotel terbakar ketika majlis makan malam di Melaka
MELAKA 24 Dis – Suasana majlis makan malam bertukar cemas apabila lebih 1,000 kakitangan sebuah syarikat pembersihan terpaksa bertempiaran lari selepas berlaku kebakaran di sebuah dewan hotel di Bukit Katil, di sini, malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, kebakaran dilaporkan berlaku ketika majlis sedang berlangsung, namun kesemua tetamu dan kakitangan berjaya mengosongkan dewan dengan segera dan berada dalam keadaan selamat.
Difahamkan, seorang individu terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas mengalami sesak nafas akibat terdedah kepada bahang panas.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.14 malam.
“Kebakaran melibatkan bahagian dewan hotel berkenaan. Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil telah dikerahkan ke lokasi dan tiba tidak lama selepas panggilan diterima,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, operasi pemadaman sedang dijalankan bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan tiada risiko merebak ke bahagian lain bangunan.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.
Berita berkaitan
December 24, 2025, 8:39 pm
'Sebagai membalas setiap jasa beliau...' - Pemimpin UMNO Pahang tawar ganti Najib jalani hukuman penjara
December 24, 2025, 8:34 pm
Mahkamah arah Malindo Airways bayar RM1.44 juta kepad tiga bekas juruterbang
December 24, 2025, 6:46 pm
Selangor negeri paling tinggi kos kehidupan wajar, Pantai Timur antara terendah - DOSM
December 24, 2025, 6:36 pm
Harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi turun bermula esok
December 24, 2025, 6:21 pm
Warga asing di Malaysia dianggarkan seramai 3.38 juta pada 2025
December 24, 2025, 2:03 pm
Trafik perlahan di lebuh raya utama susulan cuti sekolah, sambutan Krismas
December 24, 2025, 1:56 pm
JAKIM panggil individu Islam hadiri upacara di gereja
December 24, 2025, 1:52 pm
JKM nafi keluarkan kad warga emas rasmi Malaysia
December 24, 2025, 1:46 pm
