Berita Berita
Warga emas, anak lelaki maut terperangkap dalam kebakaran rumah di Sentul
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 26 Dis - Seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di kawasan Sentul, di sini, pagi Jumaat.
Komander Operasi Kanan, Pegawai Kanan Bomba Kanan II Fathi Kameel Mohd Azri berkata, kedua-dua mangsa ditemukan di dalam tandas rumah berkenaan.
“Mangsa membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 82 tahun. Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS NG 999 pada jam 7.18 pagi sebelum Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Gombak Selatan digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba, kebakaran didapati melibatkan sebuah rumah berkeluasan kira-kira 20 x 20 kaki persegi,” katanya.
Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan enam aliran hos daripada pam jentera bagi memadamkan kebakaran serta menghalang api daripada merebak ke kawasan sekitar.
“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 7.51 pagi dengan anggaran kemusnahan sekitar 40 peratus,” katanya.
Tambah beliau, kerja-kerja pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 8.27 pagi dan operasi ‘overhaul’ turut dilaksanakan.
Punca kejadian masih dalam siasatan Unit Siasatan Kebakaran.
Berita berkaitan
December 26, 2025, 5:24 pm
Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB RM2.3 bilion
December 26, 2025, 4:56 pm
Najib disabit bersalah guna kedudukan sebagai PM peroleh dana 1MDB RM2.3 bilion
December 26, 2025, 4:02 pm
KPDN Johor siasat pasar raya mini jual minyak masak subsidi melebihi harga kawalan
December 26, 2025, 3:56 pm
Polis buru lelaki tempatan dipercayai dalang pembuatan puluhan bahan letupan di Nilai
December 26, 2025, 3:49 pm
MOTAC, Tourism Malaysia nafi kaitan dengan acara ratu dan jejaka selebriti tular
December 26, 2025, 3:42 pm
10 jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 30 Disember
December 26, 2025, 2:11 pm
Pengurusan 1MDB ikut arahan Jho Low kerana percaya datang daripada Najib – Mahkamah
December 26, 2025, 12:51 pm
Surat derma Arab Najib palsu, Mahkamah Tinggi tolak pembelaan kes 1MDB
December 26, 2025, 12:44 pm
