Berita Berita
MOTAC, Tourism Malaysia nafi kaitan dengan acara ratu dan jejaka selebriti tular
PETALING JAYA 26 Dis – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Tourism Malaysia menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penganjuran acara pertandingan ratu dan jejaka selebriti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Tourism Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pihak penganjur didapati menggunakan logo korporat Tourism Malaysia serta logo kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026) tanpa memperoleh kebenaran bertulis rasmi daripada agensi berkenaan.
Menurut kenyataan itu, MOTAC dan Tourism Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi, tafsiran awam atau liabiliti yang timbul daripada penganjuran acara berkenaan, termasuk penggunaan logo tanpa kebenaran.
Tambahnya, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak penganjur bagi melindungi hak harta intelek, integriti jenama serta identiti korporat rasmi negara.
Terdahulu, tular di media sosial video dan gambar memaparkan seorang lelaki berpakaian gaun wanita menerima sijil penghargaan dalam acara pertandingan berkenaan.
Perkongsian itu mencetuskan reaksi marah dalam kalangan pengguna media sosial yang menolak budaya Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Berita berkaitan
December 26, 2025, 5:24 pm
Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan membabitkan dana 1MDB RM2.3 bilion
December 26, 2025, 4:56 pm
Najib disabit bersalah guna kedudukan sebagai PM peroleh dana 1MDB RM2.3 bilion
December 26, 2025, 4:02 pm
KPDN Johor siasat pasar raya mini jual minyak masak subsidi melebihi harga kawalan
December 26, 2025, 3:56 pm
Polis buru lelaki tempatan dipercayai dalang pembuatan puluhan bahan letupan di Nilai
December 26, 2025, 3:42 pm
10 jajahan di Kelantan berisiko banjir hingga 30 Disember
December 26, 2025, 2:11 pm
Pengurusan 1MDB ikut arahan Jho Low kerana percaya datang daripada Najib – Mahkamah
December 26, 2025, 12:51 pm
Surat derma Arab Najib palsu, Mahkamah Tinggi tolak pembelaan kes 1MDB
December 26, 2025, 12:47 pm
Warga emas, anak lelaki maut terperangkap dalam kebakaran rumah di Sentul
December 26, 2025, 12:44 pm
