TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Najib disabit bersalah guna kedudukan sebagai PM peroleh dana 1MDB RM2.3 bilion

By
|
Kongsi
image

 

PUTRAJAYA 26 Dis - Mahkamah Tinggi hari ini mensabitkan Datuk Seri Najib Razak atas pertuduhan pertama menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk memperoleh suapan melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, selepas mendapati pembelaan bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Pertuduhan tersebut dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta denda maksimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Najib sebelum ini membela diri terhadap empat pertuduhan menggunakan kedudukan bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.

+ - reset