Berita Jenayah
Lelaki serang ibu bapa guna pedang samurai, polis tahan suspek
IPOH 27 Dis – Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan selepas dipercayai mencederakan kedua-dua ibu bapanya menggunakan sebilah pedang samurai dalam kejadian di sebuah rumah di Persiaran Putra, Bandar Baru Putra, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian 999 kira-kira jam 6.41 pagi sebelum sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek telah menyerang ibu bapanya yang masing-masing berusia 57 tahun sebelum melarikan diri dengan memanjat tembok dan bumbung rumah.
“Suspek kemudiannya memasuki sebuah rumah jiran berhampiran, namun berjaya dikesan dan ditahan oleh anggota dari Balai Polis Tanjung Rambutan tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut Abang Zainal Abidin, siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan kesihatan mental dan pernah menerima rawatan di sebuah hospital psikiatri sebelum ini.
“Dalam keterangannya, suspek mendakwa tidak menyedari tindakannya dan merasakan dirinya dikejar hantu ketika kejadian berlaku,” katanya.
Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan dan sentiasa menyalurkan maklumat yang sahih kepada pihak polis.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
