Berita Jenayah
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
PETALING JAYA 2 Jun – Polis telah menahan dua orang penunggang motosikal bersama-sama dua pembonceng mereka yang dipercayai terlibat dalam aksi ‘wheelie’ secara berbahaya di beberapa buah jalan utama sekitar ibu negara yang tular di media sosial baru-baru ini.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memaklumkan, tindakan tangkapan berkenaan berjaya dilakukan hasil daripada tindakan susulan yang digerakkan oleh Unit Risikan/Operasi (RO) JSPT Kuala Lumpur pada jam kira-kira 12.54 pagi tadi.
Tangkapan tersebut melibatkan dua orang penunggang motosikal lelaki serta dua orang pembonceng perempuan yang kesemuanya berusia dalam lingkungan antara 15 hingga 18 tahun.
“Mereka dipercayai terlibat dalam rakaman video tular memaparkan beberapa penunggang motosikal melakukan aksi ‘wheelie’ secara berbahaya di Jalan Raja Laut, Jalan Tun Razak dan Jalan P. Ramlee.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JSPT Kuala Lumpur, hari ini.
Pihak JSPT Kuala Lumpur turut menegaskan bahawa mereka memandang serius terhadap sebarang aktiviti serta kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, malah turut mengancam keselamatan para pengguna jalan raya yang lain.
Sehubungan itu, jelas pihak JSPT, tindakan pengesanan serta operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa demi membendung kegiatan tidak bermoral berkenaan daripada terus berleluasa.
Terdahulu, satu rakaman video tular di platform media sosial yang memaparkan aksi sekumpulan penunggang motosikal melakukan aksi mengangkat roda hadapan atau ‘wheelie’ di beberapa lokasi di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pengguna jalan raya yang lain.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:25 pm
Polis tahan lima individu termasuk bekas pengerusi Tabung Haji bantu siasatan
September 8, 2026, 1:40 pm
Lelaki gagal bayar along dipaksa simbah cat dan bakar rumah mangsa lain
September 7, 2026, 1:40 pm
Dua lelaki ditahan polis selepas ragut rantai emas warga emas di Arau
September 7, 2026, 11:13 am
Mat rempit lari tinggal motosikal lepas dikepung polis di Putrajaya
September 6, 2026, 9:54 pm
Polis buru lelaki warga asing selepas syabu dijumpai dalam kereta
September 6, 2026, 9:17 am
Polis Pahang buka siasatan kanak-kanak perempuan dilayan kasar di taska
September 5, 2026, 2:53 pm
Vape disyaki kandungi dadah ‘Piu Piu’ RM160,000 dirampas di Batu Pahat
September 5, 2026, 2:45 pm
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
September 5, 2026, 12:48 pm
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
September 3, 2026, 2:32 pm
