Berita Jenayah
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
ALOR GAJAH 3 Jun – Tindakan licik seorang pekerja kedai serbaneka 24 jam mendalangi kes samun bersenjata di tempat kerjanya sendiri di Kuala Sungai Baru, di sini membawa padah apabila dia bersama seorang rakan subahatnya berjaya diberkas polis pada Isnin lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi pada 1 Jun apabila seorang jurujual berusia 18 tahun secara tiba-tiba diacukan parang oleh suspek utama yang bertopi keledar sebelum mangsa menyelamatkan diri ke dalam stor.
Suspek berusia 23 tahun itu kemudian menceroboh bahagian kaunter untuk mengambil beberapa sampul berisi wang tunai lalu melarikan diri bersama rakannya yang berusia 19 tahun yang sedang menunggu di pintu masuk premis.
Bagaimanapun, tindakan tergesa-gesa melarikan diri menyebabkan suspek utama tertinggal sebelah seliparnya di lorong belakang bangunan selain tercicir satu sampul berisi wang tunai yang kemudiannya ditemui oleh pasukan forensik polis.
Pihak polis yang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berjaya mengenal pasti identiti suspek utama sebagai pekerja di kedai serbaneka itu sendiri berdasarkan petunjuk dan maklumat yang diperoleh di lokasi kejadian.
Rentetan itu, kedua-dua suspek berjaya ditangkap tidak lama kemudian dan hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis syabu.
Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Jun ini di Kompleks Mahkamah Alor Gajah, dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
