Berita Jenayah
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
KUALA LUMPUR 9 Jun – Polis menahan empat remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam aksi samseng jalanan melakukan 'wheelie' di beberapa jalan utama sekitar ibu negara selepas aksi bahaya mereka tular di media sosial.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kesemua suspek berusia 17 hingga 24 tahun itu dicekup di kediaman masing-masing dalam operasi risikan awal pagi tadi.
Tangkapan tersebut melibatkan dua kes berasingan di mana kes pertama memaparkan dua motosikal melakukan 'wheelie' di Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, manakala kes kedua melibatkan seorang remaja 18 tahun yang terjatuh akibat aksi sama di Jalan Ampang.
Kesemua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 11:09 am
Geng rompak kubur di Miri tumpas, sembilan lelaki ditahan
October 27, 2026, 5:32 pm
Empat budak Myanmar direman baling batu, batang besi ke arah warga emas
October 27, 2026, 12:14 pm
Peneroka Felda Lok Heng Selatan maut ditetak lelaki mengamuk
October 27, 2026, 12:04 pm
Kes gangguan seksual: Pengetua sekolah lapor polis selepas diserang keluarga pelajar
October 26, 2026, 10:53 am
Lelaki China ditahan di Hong Kong bawa 2 kilogram kokain didakwa peroleh dadah di P. Pinang
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
