Berita Politik
Pemuda PN tegaskan keputusan gabungan mesti diputuskan secara konsensus
KUALA LUMPUR 30 Dis – Pemuda Perikatan Nasional (PN) menegaskan bahawa semua keputusan yang dibuat atas nama gabungan itu wajib dirujuk, dibincangkan dan diputuskan melalui Majlis Tertinggi Perikatan Nasional, selaras dengan Fasal 13 Perlembagaan PN.
Dalam satu kenyataan media bersama hari ini, sayap pemuda gabungan itu memaklumkan pendirian tersebut dibuat susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional.
Menurut kenyataan itu, sebarang keputusan atau pendirian PN tidak boleh dibuat secara unilateral oleh mana-mana parti komponen, walaupun setiap parti berhak menyuarakan pandangan masing-masing.
“Pendirian Perikatan Nasional hendaklah diputuskan secara konsensus bersama semua parti komponen,” menurut kenyataan tersebut.
Pemuda PN turut menggesa kepimpinan gabungan di semua peringkat agar mengamalkan politik berteraskan hikmah dan kebijaksanaan, di samping memelihara adab serta etika sebagai sebuah gabungan politik.
Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan berkenaan penting bagi memastikan agenda yang lebih besar dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat serta masa depan negara.
Kenyataan media bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Armada Bersatu Malaysia, Hilman Idham; Ketua Pemuda Nasional Gerakan, Lee Boon Shian; dan Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP, Justin Prabakaran.
Berita berkaitan
August 24, 2026, 9:57 am
BERSAMA pilih bergerak solo, enggan bergabung dengan elit politik pada PRN Melaka
August 24, 2026, 9:24 am
Rundingan kerjasama PN-BN hadapi PRN Melaka sudah bermula, tunjuk tanda positif - Abdul Hadi
August 21, 2026, 12:12 pm
Pas yakin rundingan kerjasama hadapi PRN Melaka lebih mudah berbanding Johor - Abdul Hadi
August 17, 2026, 1:50 pm
Kon Yeow minta Rafizi hormat keputusan DAP
August 17, 2026, 9:52 am
DAP takkan mudah lepas jawatan dalam kerajaan - Rafizi
August 17, 2026, 8:38 am
Parti BERSAMA bukan 'trojan horse', BN dan PAS tidak perlukan ejen kalahkan PH - Rafizi
August 16, 2026, 5:43 pm
Saifuddin Nasution Timbalan Presiden PKR lepas Nurul Izzah berundur
August 16, 2026, 5:33 pm
1,857 perwakilan sokong, DAP sah kekal bersama Kerajaan Perpaduan
August 15, 2026, 8:40 am
Ucapan dasar presiden dinanti perwakilan di Kongres Nasional PKR
August 12, 2026, 6:11 pm
