TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 31 Dis – Seorang guru berusia 40 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki.

Tertuduh, seorang warga Indonesia, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju antara April 2024 dan November 2025 mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16(1) memperuntukkan maksimum lima tahun penjara dan minimum dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Pervinah Mohamad Yusof tidak menawarkan jaminan kerana semakan Imigresen mendapati maklumat pasport tertuduh tidak sah, selain terdapat risiko melarikan diri.

Hakim Noridah Adam menolak permohonan ikat jamin dan menetapkan 5 dan 21 Januari depan untuk fakta kes serta hukuman.

+ - reset