TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengecat rumah

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 31 Dis – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja mengecat sebuah rumah di Kampung Likas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat terbakar sehingga putus pergelangan tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 10.03 pagi.

Menurutnya, seramai 10 anggota dan pegawai bersama sebuah jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati seorang lelaki terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja mengecat rumah.

“Mangsa mengalami kecederaan terbakar dan putus pergelangan tangan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Anggota bomba turut menjalankan pemeriksaan akhir di kawasan kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.10 pagi,” katanya.

+ - reset