Berita Berita
Azhan Md Othman dilantik Panglima Tentera Darat ke-31 berkuat kuasa esok
KUALA LUMPUR 31 Dis – Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Azhan Md Othman dilantik sebagai Panglima Tentera Darat ke-31, berkuat kuasa esok.
Pelantikan itu dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 yang bersidang pada 19 November lalu dan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Disember lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan berkenaan diyakini mampu memperkukuh kepimpinan Tentera Darat serta meningkatkan keupayaan operasi ATM bagi memenuhi keperluan pertahanan negara pada masa kini dan akan datang.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke-631 berhubung pelantikan Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sebagai Panglima Angkatan Tentera ditangguhkan.
Menurutnya, Muhammad Hafizuddeain telah diarahkan bercuti bagi membolehkan proses siasatan oleh pihak berkuasa dijalankan berhubung dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau.
Mohamed Khaled berkata, pemangkuan tugas Panglima Angkatan Tentera akan dilaksanakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain, selaras dengan pengumuman yang dibuat pada 27 Disember lalu.
Beliau menegaskan, semua langkah yang diambil bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti Angkatan Tentera Malaysia, di samping memastikan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan.
Berita berkaitan
December 31, 2025, 6:36 pm
Pencarum KWSP boleh keluarkan simpanan bagi tunai haji sehingga RM10,000
December 31, 2025, 5:20 pm
Anthony Loke gesa politik matang, fokus selesaikan masalah rakyat
December 31, 2025, 5:08 pm
Perlis isytihar esok cuti peristiwa sempena karnival tahun baharu 2026
December 31, 2025, 5:01 pm
Akmal pertahan hak pemuda UMNO suarakan pandangan hala tuju parti
December 31, 2025, 4:54 pm
Pelantikan PAT ditangguh, siasatan terhadap Muhammad Hafizuddeain diteruskan
December 31, 2025, 4:38 pm
Video remaja dibuli beramai-ramai di taman permainan tular, polis belum terima laporan
December 31, 2025, 2:43 pm
Guru mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap dua murid
December 31, 2025, 2:30 pm
Tukang rumah maut motosikal langgar lori buat pusingan U di Jalan Lintas
December 31, 2025, 2:01 pm
