TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Perlis isytihar esok cuti peristiwa sempena karnival tahun baharu 2026

By
|
Kongsi
image

KANGAR 31 Dis – Kerajaan Negeri Perlis mengisytiharkan esok sebagai Hari Cuti Peristiwa sempena Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat negeri yang berlangsung malam ini.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pengisytiharan cuti berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Menurut beliau, cuti peristiwa itu diberikan sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam serta rakyat negeri ini atas sokongan dan penglibatan dalam menjayakan karnival berkenaan.

“Diharapkan pengumuman ini dapat memudahkan urusan rakyat untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan karnival, selain membolehkan perancangan dibuat dengan lebih teratur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengisytiharan cuti itu adalah selaras dengan peruntukan Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).

Karnival Sambutan Tahun Baharu 2026 peringkat negeri Perlis dijangka menjadi antara acara utama yang menghimpunkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat serta agensi kerajaan dan swasta.

+ - reset