TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

1,206 saman dikeluarkan sempena ambang tahun baharu 2026 di Selangor

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 1 Jan – Polis Selangor mengeluarkan sebanyak 1,206 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026 di seluruh negeri itu, malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, daerah Ampang merekodkan jumlah saman tertinggi dengan 199 saman dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan.

“Ia diikuti daerah Shah Alam dengan 161 saman, Petaling Jaya (156), Klang Utara (124), Klang Selatan (80), Sungai Buloh (74) serta daerah-daerah lain di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi memberi isyarat tegas terhadap sebarang bentuk ketidakpatuhan serius undang-undang jalan raya, pihak polis turut menyita 93 buah kenderaan atas pelbagai kesalahan.

Selain itu, seramai tujuh individu turut ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45A(1), Seksyen 42(1) dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Shazeli berkata, operasi bersepadu itu melibatkan seramai 413 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) serta anggota tugas am Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, operasi tersebut turut dibantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi memastikan kelancaran sambutan serta keselamatan pengguna jalan raya.

+ - reset