Berita Politik
'Berundur bukan tanda lemah, tapi...' - Muhyiddin
KUALA LUMPUR 2 Jan - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa parti itu akan terus kekal sebagai rakan gabungan yang berprinsip, konsisten dan setia dalam Perikatan Nasional (PN) meskipun beliau tidak lagi memegang jawatan Pengerusi gabungan tersebut.
Muhyiddin, yang melepaskan jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa semalam, berkata kerjasama antara parti komponen dalam gabungan itu akan terus dipelihara demi memastikan kestabilan serta kekuatan PN secara keseluruhan.
"Dalam menghadapi cabaran semasa, keutamaan kita adalah memastikan kelangsungan, kekuatan dan masa depan parti.
"Ada ketikanya kita perlu mengambil satu langkah ke belakang, bukan sebagai tanda kelemahan tetapi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan asas, menyusun barisan kepimpinan dan membina kekuatan parti yang lebih tersusun serta mampan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Pada Selasa lalu, Muhyiddin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026, selepas lima tahun menerajui gabungan itu, susulan krisis politik di Perlis.
Susulan keputusan tersebut, empat pemimpin kanan PN turut mengumumkan peletakan jawatan masing-masing iaitu Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi PN Selangor; Pengerusi PN Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker; Pengerusi PN Johor, Dr Sahruddin Jamal serta Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Dalam pada itu, Muhyiddin menyeru semua ahli BERSATU supaya terus memperkukuh kerjasama, memperteguhkan perpaduan dan menutup rapat sebarang ruang perpecahan dalam parti.
"Saya ingin menegaskan bahawa saya masih menerajui kepimpinan BERSATU sebagai Presiden.
"Saya menuntut supaya seluruh ahli BERSATU kekal beristiqamah, berdisiplin dan menjunjung budaya saling menghormati serta menyelesaikan sebarang perbezaan secara berhemah, matang dan tertutup demi kepentingan parti," katanya.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 10:05 am
BERSAMA bukan parti 'orang merajuk', 75% ahli tiada kaitan dengan PKR — Rafizi
June 12, 2026, 9:50 am
Bukan sekadar tulang belakang, Wanita UMNO perlu jadi wajah dan suara parti
June 12, 2026, 9:41 am
Tiada keperluan mesyuarat, Pemuda PH-BN tak pernah bersua sejak 2022
June 9, 2026, 3:06 pm
Isu Pas-Bersatu: Tun Faisal bidas Ahmad Fadhli, Afnan Hamimi; selar sikap hipokrit
June 8, 2026, 11:55 pm
PAS putus kerjasama politik dengan BERSATU berkuat kuasa serta-merta
June 8, 2026, 12:23 pm
400 pegawai kanan kerajaan sertai Bersama, umum tanding PRN Melaka Ogos ini - Rafizi
June 8, 2026, 12:00 pm
Onn Hafiz tegas BN Johor bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan DAP
June 7, 2026, 11:58 pm
