TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Terjatuh di kediaman, Tun M dikejarkan ke IJN

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 6 Jan - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kini menerima rawatan dan pemantauan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi tadi.

Menurut maklumat, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN sekitar jam 9.30 pagi bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Akhbar beliau, Suffi Yusoff, ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Dr Mahathir memaklumkan bahawa satu kenyataan media berhubung keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, pada 13 Julai 2025, Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun pernah dikejarkan ke Institut Jantung Negara akibat keletihan sebelum dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.

+ - reset